Thursday, January 24, 2013

SUMBAT dari Faizal Sulaiman: REVIEW




Menulis review bukanlah kepakaran aku, but aku tertarik to write a review bout buku novel pertama dari FaizalSulaiman: SUMBAT yg seakan serangan tsunami dlm dunia penulisan kontemporari negara. Wah, terlebih sudah.lol.



Bagi yg tak biasa dgn penerbitan FIXI, novel mereka lebih santai, berbahase pasar dan senang, but masih rumit, mencemaskan, memeranjatkan dan sukar dijangke, like this novel SUMBAT.lol
Sinopsis: owh tidak. Sebab SUMBAT masih hangat, aku xnak buat spoiler.haha. Generally, at the beginning, cerita dilambakkan dgn hampir kesemua watak dan persoalan2 ‘ape sebenarnye berlaku?’. 

Personally, agak susah nak aku cerna. Style begitu one of the marketing strategy penulis agaknye. Bacaan slow and steady lebih sesuai mungkin. Tak mcm aku, biasenye aku sekali harung je.haha. Muka surat pengenalan watak byk membantu.
Nama2 watak2 yg dicipta seakan ada kesan psychology, seakan it has science behind it.haha. Zai, Suri, Lis dan Eva, hati2 semasa mendalami cerita masing2, sbb anda mungkin akan hanyut dengan persoalan sebenar cerita.haha. Deviation points agaknye.
Next, nilai yg ingin dibawa oleh SUMBAT; setiap manusia ade mase silam, hitam, putih, kelabu atau pink.lol. Masa silam yg masih menyangkut kat bahu, yg masih menghantui itu memang menyusahkan. Ada yg tak dapat dielakkan, tapi ada juga yg memang sengaja nak bring forward, seperti dendam. 

Bagi aku, penulis berjaya menyulam cinta dan dendam dengan justifikasi yg solid. Bravo! Voilla katenyee!!! Tapi kadang2 justifikasi dlm SUMBAT agak ringan. But still, novel pertama dari FS ini agak berjaya.
Dalam SUMBAT, penulis banyak menyelit masakan barat. Sbb aku jarang pegi tour around Europe, most of that elements tak sgt menggamit perut. Tapi tapi, dihujung cerita, anda akan dapat kaitannya dengan cerita. Superb! Element2 mcm ni for me mostly kene dengan cerita dan berjaya menambah seri pada cerita.
Plot? Menarik, pemulaannya, mcm doremon dgn nobita yg suka2 hati menggunakan pintu sukahati dan kemudian peceritaan kembali ke susur masa kini. Nasib baik takde parallel universes.lol. 

Aku menjangkakan adegan2 24SX, malangnye tak ade plak.haha. Plot klimaks bagi aku ketika Fazmi ingin membunuh Zai. Lain reader lain klimaks kot. Apa2 pun, susunan plot, sgt bagus bagi aku.
So, konklusinye, SUMBAT satu cerita yg ori, rumit yg senang dihadam, agak solid, agak anker dihujungnya, dan paling penting nilai yg disampaikan jelas dan personally agak dekat dihati.
So, aku amat menyarankan kpd korg untuk baca mengalami sendiri SUMBAT dgn imaginasi anda masing2. Amat sesuai rasenye bagi yg kaki novel atau cerpen, yg muak dengan kesusasteraan yg sarat, berat, meleret dan menyusahkan.
Saye dgn rendah diri ingin memberikan 4 bintang out of 5 bintang kepada cerita SUMBAT. Kemain berbintang bagai.haha. Cepat2 dapatkan di kedai2 berhampiran dan selamat membace!


p/s: ini review berdasarkan sekali bace, yg sepatutnye kalo nak buat review kene bace byk kali… :D

acap
ok..nak bace journal plak..hoho..zzzzz